CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 22, 2009

GILA-GILA GELAK







isnin lepas eriey,fieq ,azy n adeq g sunway pyramid.kiteorang g tgok citer "PAPADOM".
HAPPY giler ouh keluar lepak malam 2...uhuu
even esok ye ade kelas..da jenis susah nk bangun pagi!
ah!whatever....
giler kelakar habis.best giler..klakar ade..sedih pun ade… touching jugak la. buat rase craving nak makan papadom je lepas tgok citer nie ouh. after movie ni..rase macam nak terus pegi kedai mamak mintak papadom je. the film is awesome!u guys must watch it! thumbs up!!

ni la sinopsis citer nie:

Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka , Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Saadom sering memeluk dan mencium Mia, di hadapan kawan-kawannya. Mia sedikit malu. Waktu rehat, Saadom akan menghantar makanan kepada Mia dan kawan-kawannya di sekolah. Adakalanya kawan-kawan Mia menolak makanan tersebut kerana mereka mahu diet. Saadom sering juga melepak di dalam kawasan sekolah Mia, demi memastikan keseleamatan Mia. Adakalanya Saadom diminta keluar oleh Pengetua..

Masalah besar timbul apabila Mia perlu memilih universiti. Saadom mahu Mia memilih yang dekat-dekat sahaja, tetapi Mia pula mahu belajar jauh daripada bapanya. Mia mahu bebas daripada bapanya. Saadom jadi panik. Bagaimana dengan janjinya terhadap arwah isterinya yang telah mewasiatkan Saadom menjaga Mia dengan baik? Mampukah Saadom mendidik Mia hingga berjaya menggenggam segulung ijazah?!! kalo nk thu lg g tgok sendiri k..huhu



Papadom juga menyelitkan simbol Satu Malaysia melalui watak tiga sahabat . Saadom, Allan dan Ali yang berjaya dalam perkongsian perniagaan nasi kandar. Filem yang menelan belanja rm1.4 juta ini turut menampilkan Vanidah Imran, Scha, Chelsia Ng, Que Haidar, Farid Kamil, Harun Salim Bachik, Adam Malekh dan Pete Teo. jadi semua lapisan masyarakat boleh tonton citer ni.




love ERIEY.

0 comments: